[Video] 3,125 ahli PKR Pitas umum keluar parti, dakwa parti tiada hala tuju - pakdin.my

Seorang pemimpin kanan PKR Sabah mengumumkan beliau bersama 3,125 ahli daripada Cabang Pitas mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Naib Ketua Cabang PKR Kudat Datuk Seri Rudy Awah yang mengetuai kumpulan ahli PKR itu mendakwa mereka mengambil keputusan untuk keluar secara beramai-ramai selepas melihat berlaku ketidaktentuan hala tuju parti terutama melibatkan Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah.

“Kami sebulat suara mengumumkan keluar parti. Hampir dua tahun menjalankan tugas sebagai Penyelaras DUN (Dewan Undangan Negeri) Pitas.

“Ahli-ahli yang telah dibawa masuk (ke dalam PKR sebelum ini) iaitu seramai 3,125 orang akan keluar parti bersama-sama,” katanya dalam sidang media, di sini.

Sementara itu, Rudy berkata beliau dan ahli yang bertindak keluar parti semalam juga mengumumkan pendirian mereka menyokong Perikatan Nasional (PN) di Sabah.

“Kami akan menyokong penuh PN dan juga kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Biro Latihan dan Jentera Parti MPN PKR Sabah berkata mereka selepas ini akan menggunakan platform Persatuan Jiwa Anak Pitas untuk meneruskan perjuangan sekali gus berkhidmat untuk masyarakat setempat. — Bernama

Janngan lupa subscribe

UTAMABERITA 3,125 ahli PKR Pitas umum keluar parti, dakwa parti tiada hala...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium