Hannah Yeoh saman bekas Ketua Polis Negara, dakwa difitnah - pakdin.my

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ekoran ucapannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) awal tahun ini.

Peguam kepada wakil rakyat DAP itu, daripada firma undang-undang Tetuan Sreenevasan, memfailkan writ saman di pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai.

Terdahulu pada 5 Februari lalu, Musa dilaporkan disiasat polis berhubung ucapan dalam sebuah forum bertajuk “Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?” di UiTM pada 30 Januari.

Dalam ucapannya, Musa antara lain mendakwa DAP telah menerbitkan buku yang menyalahkan orang Melayu dalam tragedi rusuhan 13 Mei 1969.

Lapor Malaysiakini, salinan pernyataan tuntutan saman menyebut dakwaan Yeoh bahawa ucapan itu mengandungi kenyataan fitnah yang “sama sekali tidak benar; merendahkan, menyusahkan, palsu, salah dan tanpa asas.”

Plaintif juga mendakwa ucapan defendan itu, “telah dirancang terlebih dahulu, dibuat dengan niat jahat, digerakkan oleh niat jahat pihak defendan untuk merosakkan, mencemarkan nama baik, memfitnah, mencederakan dan/ atau memusnahkan reputasi plaintif dalam persepsi orang ramai dan selanjutnyya mendedahkan plaintif kepada kebencian awam, ejekan dan skandal.”

Sehubungan itu, Yeoh yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menuntut “ganti rugi umum, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan.”

UTAMAEDITORIAL1MDBHannah Yeoh saman bekas Ketua Polis Negara, dakwa difitnah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium