Risalah Ceritakan Semua Bantuan Kerajaan Pusat Kepada Kelantan - pakdin.my

Badan Perhubungan Umno Kelantan akan mengeluarkan risalah yang menceritakan secara terperinci semua bantuan kewangan kerajaan pusat kepada Kelantan, bagi menangkis fitnah pembangkang kononnya Umno menzalimi rakyat negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata risalah tersebut akan diedarkan dua minggu lagi.

“Kita sudah rancang lama, saya bersama Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, kita nak cerita keadaan sebenarnya supaya rakyat Kelantan tahu bantuan kewangan yang kerajaan pusat berikan kepada Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan di bawah Skim Insentif Tanam Semula Sawit berjumlah RM192,000 kepada 34 peneroka Felda Kemahang 2 di sini, Selasa.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata umpamanya, dalam isu bekalan air bersih, kerajaan pusat banyak membantu kerajaan Kelantan dengan memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM600 juta dan sebanyak RM213 juta untuk menaiktaraf loji air di seluruh negeri ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan menganjurkan lebih banyak majlis penerangan supaya rakyat mendapat penjelasan tepat berkaitan sesuatu isu yang diputarbelitkan pembangkang.

UTAMABERITARisalah Ceritakan Semua Bantuan Kerajaan Pusat Kepada Kelantan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium