BN Perlu Dekati Golongan Muda – Tun Daim - pakdin.my

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Barisan Nasional (BN) perlu mengambil inisiatif untuk mendekati golongan muda dalam menarik minat mereka kepada gabungan parti itu.

Bekas Bendahari Umno selama 17 tahun itu berkata parti komponen BN juga mesti meluangkan masa untuk mempengaruhi golongan muda menerusi program, dasar dan polisi yang dijalankan kerajaan.

“Jika kita libatkan orang muda secara intelektual, mereka akan faham (perjuangan BN),” katanya pada majlis Tun Daim Bersama BN Lembah Pantai di sini Jumaat malam.

Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Daim juga berkata kerajaan mesti mempunyai dasar ekonomi yang kukuh dan polisi yang boleh diterima oleh rakyat dalam usaha menarik mereka memilih parti yang memerintah negara.

Beliau turut meminta kerajaan supaya menyelesaikan isu yang berbangkit seperti kontroversi berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) untuk mengelakannya daripada dipolitikkan oleh pihak pembangkang.

UTAMABERITABN Perlu Dekati Golongan Muda - Tun Daim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium