Rotavirus Bukan Punca Sebenar Jangkitan - pakdin.my

Rotavirus dikenal pasti bukan bukan sebenar jangkitan lebih tiga ribu kes akut gastroenteritis sehingga meragut dua nyawa baru-baru ini.

Exco Perak, Datuk Doktor Mah Hang Soon berkata ujian ke atas sampel air dari lapan lokasi di Batang Padang pada 11 hingga 13 Februari menunjukkan keputusan negatif.

Keputusan itu juga mungkin disebabkan jumlah virus pada sampel air yang diambil terlalu rendah.

Pihaknya masih menunggu hasil ujian sampel air dari hilir yang diambil semalam dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari virus atau bakteria berbeza.

Dalam kes penularan wabak itu, pihak berkuasa mengesyaki ia disebabkan oleh rotavirus.

Ini kerana hasil ujian ke atas 18 daripada 39 pesakit menunjukkan tanda dijangkiti virus berkenaan.

UTAMABERITARotavirus Bukan Punca Sebenar Jangkitan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium