BN Perkenal KPI Di Semua Negeri - pakdin.my

Berkuatkuasa serta merta, Barisan Nasional akan memperkenalkan Indeks Prestasi Utama, KPI di semua negeri.

Ia bagi memastikan BN terus menjadi wadah membela nasib rakyat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri: “Perdana Menteri sebagai Pengerusi BN semalam bagitau saya bahawa kita mulai  daripada sekarang akan meletakkan KPI pencapaian bagi tiap-tiap negeri yang kita letak tanggungan kepada YAB pengerusi perhubungan dan pimpinan di peringkat negeri untuk mencapai.”

Tan Sri Muhyiddin mengumumkannya selepas mendengar taklimat persiapan BN Pahang menghadapi PRU-13, di Kuantan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci kandungan KPI yang ditetapkan.

Begitupun, difahamkan setiap negeri ditetapkan KPI berbeza.

UTAMABERITABN Perkenal KPI Di Semua Negeri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium