118 peserta Kongres Maruah Melayu keracunan makanan - pakdin.my

KIRA-KIRA 118 individu yang menghadiri Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati, Shah Alam, keracunan makanan selepas mengambil hidangan dipercayai disediakan penganjur, pagi tadi.

Difahamkan, kebanyakan mangsa terbabit adalah penuntut universiti yang hadir ke kongres berkenaan.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.15 pagi tadi memaklumkan mangsa mengalami simptom muntah dan cirit birit ketika menghadiri kongres berkenaan.

Menurutnya, sebanyak lima ambulans bersama petugas perubatan kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Saringan awal mendapati, seramai 27 pesakit diklasifikasikan dengan tag kuning manakala 91 lagi tag hijau dan tiada pesakit diberikan tag merah.

“Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hospital Shah Alam (HSA) diletakkan dalam status berjaga-jaga jam 11.50 pagi untuk menerima mangsa kritikal dan separa kritikal yang dikenal pasti pasukan kecemasan di lokasi.

“Pesakit tag hijau diberikan rawatan di lokasi dan dibenarkan pulang manakala tag kuning dibawa ke hospital dengan ambulans,” katanya.

UTAMABERITA118 peserta Kongres Maruah Melayu keracunan makanan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium