COVID-19: Cegah gelombang tsunami lebih dahsyat – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menyeru rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada negara lain supaya dapat mencegah gelombang tsunami COVID-19 yang lebih dahsyat lagi.

Beliau sekali gus kongsikan perangkaan tiga negara, iaitu Australia, Hong Kong dan Jepun yang mengalami lonjakan drastik kes COVID-19 sejak Jun lalu, walaupun berjaya mencatat penurunan ketara sebelum itu.

Malah, gelombang kedua penularan di negara terbabit menyaksikan peningkatan kes yang lebih tinggi berbanding Mac lalu.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, beliau bimbang keadaan sedemikian akan melanda negara ini jika masyarakat mengabaikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Marilah kita belajar daripada negara lain supaya dapat mencegah daripada dilanda gelombang tsunami COVID-19 yang lebih dahsyat lagi.

“Inilah kebimbangan saya dan saya menyeru rakyat Malaysia untuk patuh kepada penjarakan selamat, kerap mencuci tangan dan memakai pelitup muka. Kurangkan berada di tempat awam dan duduk di rumah lebih selamat.

“Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita. Kita jaga masyarakat dan negara kita,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau, malam ini.

Dalam satu perkongsian lain pula, Dr Noor Hisham berkata, aplikasi MySejahtera mengendalikan pendaftaran 12 kali lebih daripada biasa, hari ini.

Sambil menjelaskan aplikasi itu kini mempunyai hampir sembilan juta pengguna, beliau berkata, aliran trafik MySejahtera meningkat selepas bantuan RM50 kredit ePENJANA diumumkan.

“Tahniah kepada admin sistem yang bekerja terus-menerus sepanjang cuti umum Hari Raya ini.

“Pendaftaran dilakukan secara sistematik agar perkhidmatan kepada sembilan juta pengguna ini tidak terganggu,” katanya yang turut kongsikan proses pendaftaran MySejahtera.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...