back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
No menu items!
Peristiwa menjadi pengajaran
No menu items!
More
    Peristiwa menjadi pengajaran
    No menu items!
    More
      📂

      👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

      Baling Selipar, Bekas Imam Dipenjara Setahun

      Seorang bekas imam yang bertindak membaling sepasang selipar ke arah tiga hakim dihukum penjara selama setahun oleh Mahkamah Persekutuan pada Khamis setelah didapati bersalah menghina mahkamah.

      Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan tiga panel hakim itu berkata hukuman berkenaan adalah setimpal dengan tindakan Hoslan Hussin, 46, yang menjatuhkan maruah institusi kehakiman.

      Beliau berkata kesalahan yang dilakukan Hoslan adalah serius, tidak boleh dibiarkan serta perlu dibendung.

      Hoslan yang pernah menjadi imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan bertindak membaling selipar ke arah ketiga-tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan I, Istana Kehakiman, di sini antara 10.15 pagi dan 10.30 pagi pada 22 Feb lepas.

      Sementara itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar menyifatkan tindakan Hoslan sebagai angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati mahkamah.

      Get new posts by email:

      ⫻ Berkaitan

      📠 Terkini

      🔥 Popular

      Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

      Enjoy this blog? Please spread the word :)

      Send this to a friend