Lim Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi - pakdin.my

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah sebentar tadi.

Menurut sumber Guan Eng ketika ini telah berada di SPRM Putrajaya.

Sumber SuaraTV sebelum ini mendedahkan, Guan Eng yang juga merupakan bekas menteri kewangan itu ditahan berhubung skandal projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion.

“Berdasarkan siasatan dan kenyataan saksi yang direkodkan sebelum ini menunjukkan ada kes yang kuat yang mendakwa beliau. Ya, paling lewat petang ini,” kata sumber itu ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.

DAP sebelum ini memaklumkan Guan Eng telah berjumpa dengan kumpulan peguamnya bagi membincangkan mengenai kemungkinan dirinya ditahan.

Berita lanjut menyusul

UTAMABERITALim Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium