12 cemas bumbung masjid runtuh - pakdin.my

masjid-binjai-kertas-hulu-terengganu

HULU TERENGGANU  – 12 jemaah masjid yang baru sahaja menyelesaikan solat isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan masjid di Kampung Binjai Kertas, di sini runtuh malam tadi.

Ahli Jawatankuasa masjid tersebut, Abd. Wahab Sulong, 67, berkata, selepas selesai solat dan sebaik sahaja melangkah 30 meter dari tangga masjid untuk pulang ke rumah, beliau terdengar bunyi dentuman yang kuat dan terpaku seketika.

“Saya mengucap istighfar beberapa kali kerana terkejut bunyi dentuman yang begitu kuat di belakang. Saya menoleh ke belakang dan tergamam melihat struktur bumbung bahagian hadapan masjid runtuh.

“Kawasan yang runtuh itu merupakan laluan utama jemaah untuk masuk ke masjid dan nasib baik tiada sesiapa yang melaluinya ketika itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya ketika keluar masjid, beliau mendapati ada 11 lagi jemaah di dalam masjid sebelum kesemua mereka bergegas keluar setelah mendengar bunyi dentuman itu.

Abd Wahab berkata masjid ini mula beroperasi pada 2008.

“Syukur runtuhan itu hanya melibatkan bahagian hadapan dan kesemua jemaah tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

UTAMABERITA12 cemas bumbung masjid runtuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium