(video) Peniaga pasar malam Bukit Naga Seksyen 32 dihalang memasuki tapak perniagaan

Berkaitan

Terkini

Share

Siapa suruh undi PR..
Sendiri tanggung lah

Peniaga pasar malam Bukit Naga Seksyen 32

Kira-kira 100 peniaga di tapak Pasar Malam Bukit Naga, Seksyen 32 di sini, kesal apabila terpaksa menangguhkan operasi jualan tiga jam berikutan dihalang memasuki kawasan tapak pasar malam, petang semalam.

 

 

Keadaan menjadi tegang apabila penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menghalang mereka memasuki kawasan itu selain diarah berpindah ke tapak baru bermula Jumaat lalu.

Bagaimanapun pemilihan lokasi baru di Jalan Hon, Seksyen 34 itu dikatakan tidak mendapat sambutan daripada pelanggan.

Difahamkan, tapak pasar malam berkenaan sudah beroperasi sejak 16 tahun lalu, namun mendapat bantahan dan aduan penduduk sebuah taman perumahan berhampiran.

Seorang peniaga, Mohd Ariff Suratman, 53, berkata, tapak pasar malam itu tidak memberi sebarang masalah kepada penduduk kampung berhampiran.

“Bagaimanapun penduduk taman perumahan baru berhampiran membuat aduan kononnya kami menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya

Leave a Reply