SPRM Panggil CEO, BOD TH Plantation Bantu Siasatan, Hari Ini? - pakdin.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah memanggil Pengerusi dan seorang ahli lembaga pengarah Tabung Haji Plantations (THP) bagi membantu siasatan berhubung skandal penjualan aset badan amanah umat Islam itu.

Menurut sumber kedua-dua orang suspek itu telah dipanggil untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya hari ini.

Sumber yang sama turut mendedahkan dua orang pegawai pengurusan tertinggi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung isu terbabit.

“Semalam 2 orang TH Plantation kena panggil. Hari ini, CEO TH dan BOD TH perempuan pula kena panggil. Boleh cekut (ditahan) tak lama lagi harapnya,” ujarnya ringkas.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata perbincangan lanjut mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi isu Tabung Haji (TH) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu ini.

Menurut Dr Zulkifli, bagaimanapun ia bergantung sama ada isu tersebut dibangkitkan nanti dalam mesyuarat Kabinet atau sebaliknya.

“Insya-Allah, dalam mesyuarat Kabinet, mungkin kalau diangkat, kita akan bincangkanlah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, pada masa sama, perbincangan lanjut juga akan diteruskan dengan laporan yang akan dikemukakan oleh Menteri Kewangan.

“Insya-Allah minggu ini juga akan dibincangkan (susulan perbincangan dengan Perdana Menteri) kalau tidak ada aral berkenaan dengan isu-isu terkait dengan TH,” katanya.

Dr Zulkifli sebelum dilaporkan berkata satu perbincangan khusus dijadualkan pada 12 Ogos bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu TH termasuk cadangan penubuhan RCI.

Ia bertujuan mendapat gambaran jelas daripada TH sebelum cadangan dan kewajaran penubuhan RCI berhubung pelbagai isu dikaitkan dengan TH itu dibincangkan lebih lanjut.

Katanya, setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat sama ada berkaitan RCI atau isu TH yang lain.

“Yang penting kita mahu mengenali dan memahami suasana hakikat sebenar TH yang sedang berlaku dan bagaimana cara menanganinya dengan sebaik mungkin.

“Kita cuba meneliti dengan sebaik-baiknya supaya sebarang tindakan dibuat berasaskan kepada kenyataan, hujah, bukti serta penuh dengan berhemah,” katanya.

Pada 10 Ogos lalu, Zulkifli ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Rakyat memaklumkan kewajaran cadangan penubuhan RCI bagi isu TH akan dibincangkan dalam Kabinet dalam tempoh terdekat. – SuaraTV

UTAMABERITASPRM Panggil CEO, BOD TH Plantation Bantu Siasatan, Hari Ini?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium