Pas sertai Perikatan Nasional - pakdin.my

Selepas empat hari kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata parti itu akan menyertai Muafakat Nasional (MN), hari ini satu kenyataan berbeza dikeluarkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-undang) berkata, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu pula akan menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu.

Jelas beliau, langkah itu adalah sebagai antara parti penaja gabungan politik baharu, yang muncul selepas perubahan politik pada hujung Februari lalu.

“Pas ada, PPBM ada, BN kena tanya BN, saya tidak pasti,” katanya kepada media selepas majlis serah watikah pelantikan anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO turut serta sebagai jawatankuasa penajanya.

“Jawatankuasa penaja boleh mana-mana pihak. Lepas ditubuhkan, ahli lain boleh masuk.”

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof memaklumkan pendaftaran PN sedang dilakukan.

Katanya, pendaftaran PN sebagai sebuah gabungan sudah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Untuk rekod, rakan kerjasama Pas dalam Muafakat Nasional, UMNO sebelum ini mengumumkan ia tidak akan menyertai PN, sebaliknya mahu memperkasakan MN.

Pendirian itu dibuat UMNO pada 30 Julai lalu malah perkara itu diumumkan sendiri diumumkan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah Ahmad Zahid berkata, sokongan kepada kerajaan PN ketika ini, hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri. – MalaysiaGazette

BACA JUGA:
[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional
Akar Umbi Tak Setuju Bersatu Sertai MN Kata Mat Hasan
6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

UTAMAPOLITIKPas sertai Perikatan Nasional

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium