Pengarah Penguat Kuasa MBSA direman 6 hari - pakdin.my

PENGARAH Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya sehingga 19 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 10.15 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan.

Penangkapan itu menjadi keseluruhan 10 individu ditahan SPRM bagi kes berkenaan membabitkan sembilan anggota penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga.

Media sebelum ini melaporkan pegawai terbabit disyaki menerima rasuah antara RM300 dan RM3,500 secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar daerah itu.

Kes membabitkan peniaga di Sungai Buloh itu menjadi hangat apabila tular dua klip video yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi di Bandar Baru Sungai Buloh.

Pendedahan berkenaan dibuat menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia oleh Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut.

Susulan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan itu.

UTAMABERITAPengarah Penguat Kuasa MBSA direman 6 hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium