Gantung rokok elektronik di leher, Shaheizy Sam mohon maaf - pakdin.my

Pelakon popular Shaheizy Sam memohon maaf kerana menggantung rokok elektronik di leher ketika menyarung pakaian tentera.

Shaheizy, nama sebenar Shaheizy Sam Abdul Samad, 38, dikesan warga maya menggunakan alat peranti itu ketika bergambar bersama beberapa barisan pelakon utama filem Bakara.

“Saya minta maaf. Akan diperbaiki di masa hadapan.

“Terima kasih atas teguran dan ingatan,” catat pelakon filem Polis Evo itu di Twitter.

Beliau menjawab kritikan seorang pengguna Twitter yang mengingatkannya agar tidak menggantung rokok elektronik ketika sedang berpakaian tentera.

“Tolong beritahu Abang Sam, dah pakai baju tentera jangan la sarung tali pod,” catat farhananazeri.

Shaheizy Sam dalam foto itu dilihat memakai baju T “Army Academy” dan berseluar celoreng tentera, bersama pelakon Remy Ishak, Alif Satar, Bront Palarae dan Hairul Azreen.

Mereka bakal terlibat dalam filem yang mengisahkan tentang pengorbanan anggota Rejimen Askar Melayu Diraja menyelamatkan pasukan tentera Amerika Syarikat di Somalia pada tahun 1994.

Penggambaran filem arahan Adrian Teh itu sepatutnya dijadual bermula lebih awal, namun ditangguhkan hingga Jun tahun depan ekoran pandemik Covid-19.

UTAMAGAYA HIDUPGantung rokok elektronik di leher, Shaheizy Sam mohon maaf

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium