Rizab antarabangsa BNM meningkat - pakdin.my

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah AS$104.3 bilion pada 14 Ogos 2020, lebih tinggi berbanding AS$104.2 bilion yang direkodkan pada 30 Julai 2020.

“Kedudukan rizab adalah mencukupi untuk membiayai 8.5 bulan daripada import tertunggak dan 1.1 kali jumlah hutang luar jangka pendek,” katanya dalam satu kenyataan.

Komponen utama Rizab Antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$95.6 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.2 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS $4.1 bilion).

Aset-aset berkenaan merangkumi pertukaran emas, mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM446.62 bilion; Kertas Kerajaan Malaysia (RM 10.87 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM3.75 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM16.32 bilion); tanah dan bangunan (RM4.17 bilion); serta aset lain (RM15.24 bilion).

Menurut BNM lagi, modal dan liabiliti merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM177.22 bilion), mata wang dalam edaran (RM125.94 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM133.50 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM17.59 bilion), lain-lain deposit (RM16.73 bilion), kertas BNM (RM12.36 bilion), peruntukan SDR (RM7.93 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.61 bilion).

UTAMAEKONOMIRizab antarabangsa BNM meningkat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium