Apa agenda sebenar cauvinis DAP? - pakdin.my

Tindakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak meletakkan karektor tulisan Cina di papan tanda jalan – yang sudah tertera bahasa Melayu – membuktikan mereka begitu rasis dan cauvinis.

Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuching Md Abd Rahman berkata, hanya berbaki 10 hari lagi untuk kita menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 63, tapi mereka ini sengaja untuk mengguriskan perasaan Bumiputera Sarawak.

“Adakah mereka lupa tidak semua penduduk Sarawak boleh membaca tulisan tersebut? Apakah agenda sebenar cauvinis DAP?

“Kita mengajak semua kaum Bumiputera Sarawak untuk tunjukkan kemarahan dengan pihak DAP.

“Kita tahu bahawa negeri kesayangan kita Sarawak dibangunkan dengan toleransi dan kesatuan tetapi kenapa DAP biadap dengan mementingkan diri mereka sahaja?,” soalnya.

Semalam, tular gambar beberapa ahli DAPSY Sarawak menampalkan pelekat dalam bahasa Cina pada beberapa papan tanda jalan di bandar raya ini – atas alasan perlu diterjemahkan dalam bahasa itu untuk keperluan pelancong dari China.

Menerusi satu hantaran di Facebook DAP Sarawak, ia melibatkan papan tanda di tiga batang jalan utama iaitu di Jalan Main Bazaar, Wayang Street dan Jalan Greenhill.

Bagaimanapun, tindakan mereka mengundang pelbagai komen daripada netizen – yang rata-ratanya marah dan menyifatkan perbuatan itu sebagai biadab – kerana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan patut diutamakan. – ISMAWEB

UTAMAPOLITIKApa agenda sebenar cauvinis DAP?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium