UtamaNASIONALAhmad @Zahid_Hamidi Janji Bantu...

Ahmad @Zahid_Hamidi Janji Bantu 80,000 Bekas Tentera Tidak Berpencen - pakdin.my

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan membawa isu berkaitan nasib kira-kira 80,000 bekas tentera yang tidak berpencen kepada kerajaan bagi diberi bantuan.

“Kita bawa perkara ini untuk kita bincangkan apa bentuk bantuan yang boleh diberi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Bekas Warga Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Di Raja di Kem Sungai Besi, di sini Sabtu.

Zahid berkata mereka tidak mendapat wang pencen kerana tempoh perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kurang daripada 21 tahun.

Katanya bekas tentera yang tidak menganggotai persatuan bekas tentera juga akan dibantu bagi membolehkan mereka menerima imbuhan, memandangkan terdapat peruntukan RM50 juta yang disalur kepada Perbadanan hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) di bawah Bajet 2012.

Peruntukan tersebut akan digunakan untuk program-program kerjaya kedua dan juga latihan usahawan kepada bekas tentera, katanya.

Mengenai permintaan bekas tentera agar peruntukan kewangan itu disalurkan mengikut koperasi rejimen atau batalion, beliau berkata perkara tersebut sedang diteliti kerajaan.

Mengulas isu berbeza, Zahid melahirkan rasa kesal kerana pembangkang menjadikan projek penggantian kenderaan pacuan empat roda (4×4) milik ATM sebagai “mangsa” terbaru fitnah politik mereka.

“Saya telah menyatakan beberapa kali kita boleh berbeza pendapat tetapi dalam soal spesifikasi tetapi tentang aset-aset yang dibeli oleh ketiga-tiga perkhidmatan ATM ianya tidak harus dipertikaikan termasuk mempertikaikan kemampuan aset-aset berkenaan,” katanya.

Katanya perolehan kenderaan 4×4 baru itu keluaran syarikat Malaysia, Weststar Group yang mempunyai kilang di Thailand dan China, adalah lebih murah dan kos efektif berbanding Land Rover Defender yang merupakan produk British.

Katanya pasukan tentera Amerika Syarikat telah membeli 10,000 unit kenderaan tentera dari Weststar, dan pasukan tentera dari negara lain seperti Thailand, Singapura dan Indonesia juga telah membuat tempahan dengan syarikat tersebut.

“Yang belum beli ialah ATM, adalah munasabah ATM menggantikan kenderaan sedia ada kerana kos pembaikian dan alat ganti mencecah harga tiga kali ganda mahal dari kenderaan Westar,” katanya lagi

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...