Pengerusi NFCorp, Dr Mohamad Salleh Ismail didakwa - pakdin.my

Dr Salleh

Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebentar tadi didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini atas empat kes pecah amanah membabitkan wang berjumlah melebihi RM49 juta di sini, sebentar tadi.

Turut hadir ialah isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kelihatan berbaju kurung dan bertudung serba putih yang mengikuti proses pendakwaan di dalam mahkamah.

Hakim telah membacakan pertuduhan terhadapnya atas dua kes pecah amanah dan dua kes melanggar akta syarikat melibatkan wang melebihi RM49 juta.

Dr Mohamed Salleh mengaku tidak bersalah keatas empat dakwaan itu dan mohon dibicarakan.

Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator), namun mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO.

Isu NFC yang mengaitkan Shahrizat berikutan syarikat berkenaan dimiliki keluarganya, timbul dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai prestasi projek ternakan lembu yang diusahakan syarikat itu di Gemas, Negeri Sembilan.

UTAMABERITAPengerusi NFCorp, Dr Mohamad Salleh Ismail didakwa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium