UtamaNASIONAL Guan Eng luluskan...

[Video] Guan Eng luluskan 101 projek ‘direct nego’ sepanjang 22 bulan pegang kuasa - pakdin.my

Jutaan terima kasih perlu kita berikan kepada YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan yang telah membocorkan rahsia besar kerja-kerja kotor YB Lim Guan Eng semasa dia menjadi Menteri Kewangan selama 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH).

Pada Sidang Parlimen 24 Ogos 2020 sesi petang, Tengku Zafrul mendedahkan bahawa Guan Eng pernah melanggar janji dalam Buku Harapan dan janji PH untuk tidak melakukan ‘direct nego’ atau rundingan terus.

Sepanjang 22 bulan PH memerintah dan Guan Eng bermaharajalela di Kementerian Kewangan (MOF), Setiausaha Agung DAP itu telah meluluskan 101 projek runding terus bernilai RM6.61 bilion duit rakyat.

Walhal, Guan Eng pernah berkali-kali ketika berkempen PRU14 dahulu menyebut bahawa PH berjuang untuk menghapuskan amalan runding terus dalam kerajaan. Malah, dalam ‘kitab janji’ mereka iaitu Buku Harapan juga jelas mencatatkan bahawa sekiranya mereka berkuasa di Malaysia, runding terus akan dihapuskan serta merta.

Persoalan kedua, kepada siapakah 101 projek runding terus itu diberikan? Apakah ia telah diberikan kepada 101 kroni mereka sepanjang berkuasa selama 22 bulan? Apabila soalan-soalan ini dituju semasa sesi Parlimen berkenaan, Guan Eng jelas tidak mampu berkata apa-apa. Dia sekadar berdiam diri dan mengharapkan pertolongan dari rakan-rakan pembangkangnya sendiri.

Walaupun Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun untuk menolong Guan Eng, namun ternyata Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan tidak mampu menutup pekung didada.

Inilah wajah sebenar para pemimpin PH. Apa yang mereka sebut di hadapan rakyat atau yang mereka janjikan, sebenarnya tidak lebih dari umpan untuk memancing minat dan undi rakyat semata-mata. Mereka sekadar mahukan sokongan rakyat agar mereka mampu meraih kuasa. Selepas kuasa diperoleh, maka berlakulah caca marba kepimpinan negara seperti 22 tahun yang kita pernah alami sebelum ini.

Jika tidak membohong, bukan PH namanya!

Sumber

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...