Siapa lulus kalau Kabinet tidak meluluskan tender rundingan terus – Wee Ka Siong Tanya Guan Eng - pakdin.my

PANAS dari Dewan Rakyat….
Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Aziz mendedahkan bahawa sepanjang pemerintahan PH, sebanyak 101 projek perolehan berjumlah RM6.61bilion telah ditawarkan oleh Kerajaan PH secara ‘direct-nego’ (rundingan terus)!

Mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng terus terduduk setelah mendengar pendedahan oleh Tengku Zafrul.

Apa sudah jadi? Bukankah Lim Guan Eng selama ini sering sebut PH hanya mengamalkan “tender terbuka”? Malah ianya termaktub di dalam manifesto (bukan kitab suci) – Buku Harapan!

Lim Guan Eng akhirnya mengakui bahawa semua tender yang ditawarkan melalui rundingan terus diluluskan oleh Kabinet era pemerintahan PH.

Menteri Kanan MITI, Dato’ Seri Azmin Ali terus bangun dan mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa ianya tidak pernah dibincangkan di Kabinet!

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, juga bangun untuk mengesahkan dakwaan Azmin.

Wah! Ini sesuatu yang amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia!

Kalau Kabinet tidak meluluskan tender rundingan terus, agaknya siapa pula yang begitu berkuasa menawarkan tender secara rundingan terus ini?

#TerbongkarPembohonganPH
#GuanEngTahuKeTakTahu

Sumber:
Facebook Wee Ka Siong
Rujukan:
[Video] Guan Eng luluskan 101 projek ‘direct nego’ sepanjang 22 bulan pegang kuasa
Guan Eng dakwa PM dan menteri-menteri pengkhinat juga minta tender rundingan terus

UTAMABERITASiapa lulus kalau Kabinet tidak meluluskan tender rundingan terus – Wee Ka...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium