Wanita Hamil Dua Bulan Mati Dikelar Di Rumahnya, Dipercayai Dibunuh Suami - pakdin.my

Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan serta luka di tangan dipercayai dibunuh suaminya di ruang tamu rumah di Pangsapuri Permai, Sungai Besi di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian 6.41 petang, wanita Suzila Sabtu, 28 tahun yang hamil dua bulan itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah akibat daripada kesan tikaman.

Mangsa merupakan seorang pekerja swasta yang tinggal di pangsapuri berkenaan dalam tiga ke empat bulan lepas telah dibunuh di dalam rumah itu dan polis tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh suami mangsa.

“Ketika polis tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berusia 42 tahun iaitu suami mangsa berada berhampiran tubuh isterinya yang sudah tidak bernyawa,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya siasatan awal polis menemui sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

UTAMABERITAWanita Hamil Dua Bulan Mati Dikelar Di Rumahnya, Dipercayai Dibunuh Suami

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium