[Video] Rasuah dan katak politik: Dakwaan Ketua Polis Negara yang amat serius walau agak terlambat - pakdin.my

Dakwaan Ketua Polis Negara mengenai Kaitan Rasuah dengan Budaya Lompat Parti dalam Kerajaan PN hari ini AMAT SERIUS walaupun agak terlambat.

AMAT SERIUS kerana didedahkan oleh seorang Ketua Polis Negara yang mengesahkan tanggapan umum bahawa Kerajaan PN hari ini banyak terpalit dengan pelbagai aktiviti jual-beli pemimpin politik untuk terus kekal berkuasa di kala rakyat sedang tenat bertarung nasib untuk kelangsungan hidup mereka seharian.

AGAK TERLAMBAT kerana:

1. Ketua Polis Negara hanya bersuara ketika diambang pengakhiran kontrak beliau, sedangkan;

2. Rasuah yang terkait dengan lompat parti sudah bermula di zaman PH apabila ramai yang diugut dan ditekan dengan pelbagai kes mahkamah, cukai bahkan ditawar dengan pelbagai ganjaran untuk lompat parti menyertai PPBM bagi perkukuh Kerajaan PH;

3. Diteruskan pula di zaman PN apabila ramai disucikan daripada pendakwaan dan penyiasatan bahkan secara terang-terangan merealisasikan agenda ‘Scheme of Thing’ yang dikaitkan dengan audio pemimpin tertinggi Kerajaan PN dengan pelbagai tawaran kedudukan dan posisi penting kabinet dan GLC.

Walaubagaimanapun sebelum ‘Nasi Menjadi Bubur’, amat wajar sekali pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera dan serius WITHOUT FEAR OR FAVOUR bagi menyelamatkan Negara daripada berterusan dirundung persepsi buruk bukan sahaja rakyat tetapi masyarakat antarabangsa betapa BOBROKNYA BUDAYA RASUAH POLITK yang mampu menjahanamkan Malaysia tercinta.

#TolakPolitikRasuah
#PenjernihanBudayaPolitik
#BangkitKembali
#PemudaTerasKebangkitan

Oleh: Asyraf Wajdi

UTAMAPOLITIK Rasuah dan katak politik: Dakwaan Ketua Polis Negara yang amat serius...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium