Polis Akan Siasat Kaitan Mangsa Culik Dengan Lima Remaja Myanmar - pakdin.my

Norazura Roski menunjukkan gambar anaknya Nazatul Fardiana Mohd Izwan, yang diculik

Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes culik seorang remaja perempuan yang berjaya dibebaskan oleh polis Thailand termasuk mengenalpasti kaitan mangsa dengan lima remaja Myanmar yang turut diculik bersamanya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata mangsa yang selamat tiba di tanah air Isnin masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Polis akan menyiasat secara lengkap termasuk bila mangsa dibawa ke Thailand dan kaitan dengan lima remaja Myanmar yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di negara ini yang turut dijumpai bersama mangsa,” katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata polis akan meminta kerjasama polis Thailand supaya menghantar pulang kesemua remaja Myanmar yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan terbabit memadangkan keluarga mereka menetap di negara ini dan juga pemegang status UNHCR.

Zahedi berkata mangsa berusia 14 tahun, dilaporkan hilang pada 30 Jan lepas selepas ibunya yang dikenali sebagai Norazura Roski, 37, menghantar mangsa yang tinggal di Seksyen 8 di sini ke sebuah perhentian bas di Seksyen 9 untuk ke rumah kawannya.

Katanya, Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada 31 Jan selepas anak gadisnya itu tidak pulang ke rumah.

UTAMABERITAPolis Akan Siasat Kaitan Mangsa Culik Dengan Lima Remaja Myanmar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium