Tokoh Wartawan Tan Sri Mazlan Nordin Meninggal Dunia - pakdin.my

Allahyarham Tan Sri Mazlan Nordin

Tokoh wartawan negara yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tan Sri Mazlan Nordin, 86, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini pada pukul 4.15 petang ini.

Anak Allahyarham, Yuri Azhar berkata bapanya telah dimasukkan ke pusat perubatan itu semalam setelah terjatuh di bilik air di rumahnya.

Allahyarham meninggalkan lima orang cahaya mata iaitu empat lelaki dan seorang perempuan serta empat orang cucu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah anak perempuannya di No 14, Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya untuk urusan pengebumian.

Mazlan pernah bertugas di akhbar Utusan Melayu, Voice of America, kemudian kembali ke Utusan Melayu, ke akhbar Berita Harian, seterusnya ke Bernama, sebelum kembali ke Utusan Melayu dan kemudian menjadi pengerusi Bernama.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang komunikasi di atas jasanya kepada bidang kewartawanan pada konvokesyen tahun 2005.

Selain itu beliau turut dianugerahkan Tokoh Wartawan Malaysia pada tahun 2002 dan Tokoh Wartawan Terbilang UKM 2009.

UTAMABERITATokoh Wartawan Tan Sri Mazlan Nordin Meninggal Dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium