Anggota Parlimen Persoal Keberkesanan Nur Alert - pakdin.my

Seorang anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) pada Khamis mempersoalkan keberkesanan sistem National Urgent Response (NUR) Alert yang dilihat gagal memainkan peranan dalam menyebar maklumat awal bagi mengesan kanak-kanak hilang di negara ini.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) berkata statistik menunjukkan sistem itu hanya diguna untuk lima kes kehilangan kanak-kanak sehingga tahun ini, sejak ia dilancarkan Januari 2010.

“Seramai 54 kanak-kanak dilapor hilang pada tahun 2010 tetapi NUR Alert hanya digunakan dua kali. Kenapa hanya lima kali digunakan dan pada masa yang sama kes kehilangan kanak-kanak begitu banyak,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau memberi contoh kes kehilangan kanak-kanak berumur tujuh tahun Dass Robert pada 2010 di mana NUR Alert hanya dikeluarkan lapan hari selepas kehilangannya.

“Kanak-kanak itu kemudiannya dijumpai dalam tempoh 24 jam selepas NUR Alert dikeluarkan,” katanya.

Khairy berkata ketiadaan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas merupakan punca sistem itu gagal digunakan dengan berkesan sepenuhnya terutama dengan peningkatan kes kehilangan kanak-kanak mutakhir ini.

“Tiada SOP yang digunapakai dari mula laporan dibuat oleh ibu bapa kepada cara informasi disebarkan, pemantauan berapa lama disebarkan juga tidak dilakukan.

“Juga tiada koordinasi antara pegawai penyiasat dengan pasukan NUR Alert di Bukit Aman. Tiada seorang pun yang buat keputusan sama ada NUR Alert ini patut digunakan atau tidak,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan SOP NUR Alert digubal semula agar sistem itu dapat digunakan dengan lebih berkesan.

NUR Alert merupakan sistem amaran awal yang bertindak mengesan dan menghebahkan kehilangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang tidak melibatkan kes tebusan, ugutan atau ancaman bunuh.

UTAMABERITAAnggota Parlimen Persoal Keberkesanan Nur Alert

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium