Gadis Hilang Di Johor, Mungkin Kecil Hati Kerana Teguran Ibu - pakdin.my

Gambar hiasan

Seorang gadis, Nurul Fatin Jaslan, 21, dilapor hilang setelah tidak pulang dari tempat kerjanya di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, sejak 10 Feb lepas.

Endon Ahmad, 58, berkata pada Khamis, anaknya yang bekerja sebagai kerani di pusat terapi kesihatan meminta kebenaran untuk pulang awal daripada majikannya tetapi dia tidak pulang ke rumah.

“Anak lelaki saya pergi mencarinya ke kedai itu, tetapi majikannya kata Fatin sudah pulang malah meminta kebenaran untuk pulang awal sejam iaitu kira-kira pukul 10 malam dengan alasan ada masalah keluarga,” kata Endon.

Beliau yang ditemui di rumahnya di Jalan Muafakat, Kampung Pasir Putih hari ini berkata pada hari itu, Fatin keluar bekerja pada pukul 10 pagi dengan memakai baju Punjabi berwarna hijau dan kuning serta berseluar panjang hitam.

Sehari sebelum kehilangan Fatin, Endon berkata beliau menegur tindakan anaknya itu yang tidak ke kelas belajar bahasa Inggeris sebaliknya pergi menonton wayang.

UTAMABERITAGadis Hilang Di Johor, Mungkin Kecil Hati Kerana Teguran Ibu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium