Siti Nur Fatihah pulang selepas diberi kaunseling - pakdin.my

Siti Nur Fatihah Mahadi

Gadis yang didapati lari dari rumah, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya bersetuju untuk pulang ke pangkuan keluarganya setelah menjalani sesi kaunseling bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengarah JKM Pahang, Datuk Shamsiah Husin berkata, Siti Nur Fatihah sebelum ini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini kerana enggan pulang ke rumah.

“Selepas dipujuk pegawai JKM , dia akhirnya mahu pulang ke rumah keluarganya di Taman Tas kira-kira pukul 4 petang semalam.

“Pada mulanya Siti Nur Fatihah tidak mahu tinggal di pusat jagaan itu dan pada masa sama, tidak mahu pulang ke pangkuan keluarganya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Shamsiah, buat masa ini, pihaknya sendiri tidak pasti sama ada gadis itu masih berada di rumahnya ataupun rumah neneknya.

UTAMABERITASiti Nur Fatihah pulang selepas diberi kaunseling

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium