MIC Adakan Sesi Perjumpaan Dengan Pengundi Bulan Depan - pakdin.my

Senator G Palanivel

MIC akan mengadakan sesi perjumpaan dengan pemilih di seluruh negara mulai bulan depan, kata presidennya Datuk Seri G. Palanivel pada Sabtu.

“Jentera kami sudah bersiap sedia untuk tujuan ini. Langkah pertamanya ialahmengadakan perjumpaan dengan pemilih daripada parti sendiri. Kami akan memulakanlangkah ini di Selangor, Perak dan Kedah. Tiga negeri ini amat penting bagikami,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa perhubungan MIC tiga negeri itu juga akan menemui pemilih.

“Ia akan menjadi suatu cara perhubungan, di samping untuk mendapatkan maklum balas tentang isu penting. Tiga negeri ini merupakan medan pertarungan pentingbagi kami kerana kami mahu menarik balik undi kaum India.

“Ini soal menawan kembali hati dan minda pemilih. Setiap pekerja parti perlumenjadi soldadu parti dan masyarakat. Kami perlu bersedia untuk bertempur. Partipula perlu berusaha sepenuhnya. Kami sedang menguji jentera kami,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, MIC bertanding bagi sembilan kerusi parlimen dan 19 kerusi negeri, tetapi hanya memenangi tiga kerusi parlimen – Tapah, Cameron Highlands dan Segamat dan tujuh kerusi negeri.

UTAMABERITAMIC Adakan Sesi Perjumpaan Dengan Pengundi Bulan Depan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium