Perbicaraan kes Mat Sabu fitnah polis ditetapkan 11 Jun - pakdin.my

BUTTERWORTH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 hingga 15 Jun depan bagi perbicaraan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atas dakwaan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

Keputusan itu ditetapkan selepas peguamnya, Amirul Fairuzzeen Jamaluddin hadir mewakili Mohamad selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 Februari lalu menolak permohonannya untuk mengetepikan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan itu.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dengan

membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Ahli politik pembangkang itu didakwa melakukan perbuatan tersebut dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor antara pukul 10 malam dan 12 tengah malam, 21 Ogos tahun lalu.

Mohamad bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

UTAMABERITAPerbicaraan kes Mat Sabu fitnah polis ditetapkan 11 Jun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium