PRN Sabah: PPBM umum 29 calon: Satu bertindih dengan BN, dua bertembung PBRS - pakdin.my

KOTA KINABALU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini mengumumkan 29 calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN).

Antara 29 yang diumum, satu kerusi bertindih dengan Barisan Nasional iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan manakala dua bertembung dengan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) iaitu di DUN Sook dan Tulid.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor ketika ditanya tentang perkembangan itu berkata, sehingga kini beliau tidak mendengar berita mengenai pengumuman kerusi mana-mana parti lain lagi.

Katanya, perbincangan mengenai agihan kerusi telah diadakan dengan BN sebelum PPBM membuat pengumuman sebentar tadi.

“Untuk makluman saya tidak boleh jawab sebab saya tidak dengar berita ini, ada bincang (dengan BN sebelum ini),” katanya dalam sidang media mengumumkan calon-calon PPBM bagi PRN Sabah di pejabat parti itu di sini.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata, pihaknya berharap BN dan parti komponennya akan menarik diri bagi mengelakkan berlakunya pertindihan dengan PPBM sekaligus memastikan kemenangan buat PN.

“Kita harap ia akan berlaku (BN akan undur diri,” katanya selain memaklumkan lebih 50 peratus calon daripada PN merupakan muka baru.

Untuk rekod, BN pagi tadi mengumumkan bakal bertanding di 31 kerusi DUN Sabah pada 26 September ini termasuklah Paginatan.

Parti komponennya, PBRS pula bertanding di lima kawasan iaitu Matunggong, Tandek, Kadamaian, Tulid dan Sook

Selain itu Presiden Star Datuk Jefrey Kitingan juga diumum sebentar tadi akan bertanding mewakili PN di DUN Tambunan.

Calon Perikatan Nasional PRN Sabah dari PPBM:

Tanjung Kapor – Norlizah Gurahma
Badau – D. Wetrom @ Mohd Fikri Bahanda
Pintasan – Fairuz Renddan
Sulaman – Hajiji Noor
Petagas – Arsit Sedi
Kawang – Ghulam Haidar Bahadar
Membakut – Mohd Arifin Mohd Arif
Klias – Isnin Aliasnih
Kuala Penyu – Limis Jury
Karanaan – Masidi Manjun
Nabawan – Abd Ghani Yassin
Labuk – Samad Jambri
Segama – Aljen Johnny
Silam – Abd Hakim Gulam Hassan
Senallang – Norazman Utoh Naim
Bugaya – Daud Tampakong
Apas – Nizam Abu Bakar Titingan
Merotai – Mohamad Jalani Chachu
Sebatik – Muis Picho

Calon STAR:

Tambunan – Jeffrey Kitingan
Bingkor – Robert Tawik @ Nordin
Liawan – Annuar Ayub
Sook – Ellron Angin
Sri Tanjung – Fung Lin Fun
Moyog – Joseph Sulaiman
Paginatan – Abidin Madingkir
Tulid – Everitis Gungkit

Calon SAPP:

Tg. Papat. – Yong Chie Man
Luyang – Gee Tien Siong

UTAMAPILIHAN RAYAPRN Sabah: PPBM umum 29 calon: Satu bertindih dengan BN, dua bertembung...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium