ADUN BN Selangor Keluar Dewan Bantah SMS “Tidak Adil” Speaker - pakdin.my

Datuk Teng Chang Khim

SHAH ALAM 27 Mac – Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bertindak keluar daripada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai tanda protes terhadap sikap Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim yang disifatkan menyebelahi Exco kerajaan negeri.

Wakil rakyat BN bertindak demikian kira-kira pukul 11.30 pagi ini semasa sesi perbahasan sidang DUN setelah Datuk Mohd. Shamsudin Lias (BN- Sungai Burong) membangkitkan tentang khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada kesemua Exco kerajaan negeri.

SMS tersebut dikatakan tersilap dihantar kepada bekas Exco, Datuk Dr. Hassan Ali antara lain meminta semua Exco membuat yang terbaik pada sidang DUN kali ini yang mungkin kali terakhir sebelum pilihan raya umum dan menyatakan kejayaan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang.

UTAMAPOLITIKADUN BN Selangor Keluar Dewan Bantah SMS "Tidak Adil" Speaker

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium