Kertas Siasatan Kes Remaja Rancang Culik Dihantar Ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya - pakdin.my

Lima remaja Myanmar dibawa menaiki van polis bagi membantu siasatan berhubung kes culik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.
Lima remaja Myanmar dibawa menaiki van polis bagi membantu siasatan berhubung kes culik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

SHAH ALAM  — Kertas siasatan berhubung kes remaja perempuan yang merancang penculikan sendiri ke Thailand sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selasa untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata proses siasatan telah selesai selepas kesemua lima remaja Myanmar, yang ditemui bersama remaja perempuan tempatan itu, diserahkan kepada wakil dari Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

“Kesemua remaja Myanmar itu disahkan berdaftar dengan UNHCR dan memegang kad perakuan yang sah. Mereka diserahkan kepada wakil suruhanjaya itu kira-kira 2 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut mengesahkan remaja perempuan berusia 14 tahun itu telah diserahkan kepada keluarganya di Seksyen 8 di sini kira-kira 8.30 malam semalam sebaik keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Remaja perempuan itu dan lima remaja Myanmar berusia antara 14 dan 17 tahun itu diselamatkan polis Thailand di Bangkok pada 19 Mac lepas, setelah mendakwa diculik ke negara jiran itu.

UTAMABERITAKertas Siasatan Kes Remaja Rancang Culik Dihantar Ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium