#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’ - pakdin.my

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat sekiranya gagal melaksanakan pengisian Aku Janji yang dibentangkan.

Perkara itu dilontarkan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang memberi jaminan GRS komited melaksanakan Aku Janji sepanjang tempoh lima tahun memegang mandat pemerintahan.

Katanya, manifesto itu dirangka dan dirangkum selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan dan kedaulatan Sabah yang akan sentiasa dipelihara.

“Rakyat tidak perlu bimbang dengan Aku Janji ini kerana jika tidak ditunaikan, kerajaan ini (kerajaan negeri PN, BN dan PBS) tidak akan bertahan walau satu penggal atau setengah penggal sahaja.

“Kita komited untuk melaksanakan Aku Janji ini demi semangat pertiwi, kerajaan lebih adil, berintegriti dan amanah,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Aku Janji GRS di sini, hari ini.

Aku Janji itu menggariskan sembilan teras utama merangkumi infrastruktur, ekonomi, peluang pekerjaan, perkhidmatan awam, kesihatan dan kesejahteraan rakyat, pendidikan modal insan, keselamatan, belia, pembangunan wanita.

UTAMAPILIHAN RAYA#PRNSabah: 'Hukum kami jika mungkir janji'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium