Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion - pakdin.my

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek jalan raya di Sabah diberikan.

Dalam hantaran di Facebook Najib menggesa pemimpin Perikatan Nsional (PN) dan Barisan Nasional (BN) selain orang ramai supaya mendapatkan jawapan tentang bagaimana projek jalan raya diberikan.

Memetik maklumat yang didakwa dibocorkan oleh pegawai awam kepada sebuah portal pada Januari, Najib mempersoalkan kewajaran projek jalan raya bernilai RM1.45 bilion yang diberikan oleh kerajaan negeri pimpinan Warisan kepada 4 syarikat yang tidak memperoleh apa-apa pendapatan pada 2019,

Projek berkenaan didakwa diberikan secara rundingan terus, sementara rekod syarikat yang dipetik oleh portal berkenaan dikatakan menunjukkan 3 daripadanya tidak memperoleh apa-apa pendapatan, sementara syarikat ke-4 hanya ditubuhkan pada Mac 2019 dan tidak memfailkan apa-apa laporan kewangan.

Pada Februari Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony menolak laporan portal berita itu sebagai fitnah dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan, selain membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Anthony berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memberikan kontrak melalui rundingan terus kerana hanya menteri kewangan negeri mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Najib berkata, maklumat bocor itu menunjukkan 4 syarikat diberikan projek bernilai antara RM325 juta hingga RM500 juta.

Menurut dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) modal berbayar 4 syarikat itu adalah antara RM750,000 ke RM1.24 juta, tetapi 3 daripadanya mencatatkan kerugian antara RM12,000 hingga RM1.1 juta, katanya.

Syarikat terbabit juga tidak mencatatkan pendapatan pada 2019, katanya.

Dalam pada itu, syarikat ke-4 hanya ditubuhkan pada Mac 2019 dan tidak memfailkan apa-apa kenyataan kewangan, kata Najib.

Katanya, beliau sebelum ini membangkitkan soalan tersebut, tetapi terus tidak dijawab sehingga kini.

……………..
Dari Facebook Najib Razak
https://web.facebook.com/najibrazak/posts/10157365470015952?__xts__

Projek penyelenggaraan jalan bernilai RM1.45 bilion diberi secara rundingan terus oleh kerajaan Warisan Sabah kepada 4 buah syarikat dengan pendapatan sifar!

Baru-baru ini, media memainkan isu jalan tak bertar di Sabah. Sebab itu, saya ulas isu ini.

Pada bulan Januari 2020 ini, warga JKR Sabah yang tidak puas hati telah memberi maklumat kepada sebuah media portal tempatan.

Lalu Menteri Pembangunan kerajaan Warisan Sabah ugut nak saman portal tersebut (tapi sehingga kini tak saman) kerana dakwa dia difitnah.

Walaupun dia mengaku memang projek-projek itu telah diberi, dia kata bukan dia yang beri secara rundingan terus kerana dia tak ada kuasa. Kuasa adalah dari Menteri Kewangan Sabah (yang juga Shafie Apdal).

“18 Februari 2020: Peter akan saman portal kerana sebar fitnah”
www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/656582/peter-akan-saman-portal-kerana-sebar-fitnah

Empat syarikat yang diberi projek secara rundingan terus seperti dalam senarai warga JKR Sabah adalah seperti berikut:

1. A.K. Setia Bina (projek bernilai RM400 juta)

Modal berbayar syarikat RM1.24 juta. Pendapatan tahun 2019 ialah RM0.00. Rugi RM320 ribu.

2. Borneo Nabalu Builders (projek bernilai RM500 juta)

Modal berbayar syarikat RM750 ribu. Pendapatan tahun 2019 ialah RM0.00. Rugi RM12 ribu.

3. Sinaran Mewah (projek bernilai RM325 juta)

Modal berbayar syarikat RM800 ribu. Pendapatan tahun 2019 ialah TIADA. Untung/Rugi Tiada.

Penyata kewangan syarikat ini belum wujud sebab syarikat cuma ditubuhkan dengan modal berbayar RM800 ribu pada bulan Mac 2019.

Tubuh bulan Mac 2019, dapat projek RM325 juta 10 bulan kemudian pada Jan 2020)

4. AK Kontraktor (projek bernilai RM325 juta)

Modal berbayar syarikat RM1 juta. Pendapatan tahun 2019 ialah RM0.00. Rugi RM1.1 juta.

Pada bulan Jun lalu, saya pernah tulis secara detailed tentang projek RM325 juta ini diberi kepada syarikat AK Kontraktor (siap sertakan bukti surat terima setuju kontrak) di mana pemilik terbesar syarikat juga pemilik syarikat yang dinamakan dalam tuduhan SPRM di mahkamah pernah digunakan oleh Peter untuk songlap duit RISDA.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157117184040952

Tapi Peter dan geng PH tak berani jawab. Nak saman atau tuduh saya fitnah pun tak mahu.

Itu dia! Projek bernilai RM1.45 bilion diberi secara rundingan terus oleh kerajaan Warisan Sabah kepada 4 syarikat dengan pendapatan sifar – termasuk sebuah syarikat baru ditubuh 10 bulan dan sebuah lagi yang berkait dengan kes rasuah RISDA menteri Warisan.

Selain itu, warga JKR Sabah juga dedahkan kos untuk satu projek di atas telah dikurangkan skop tetapi dinaikkan harga pula dari RM190 juta kepada RM300 juta.

Kita juga dimaklumkan bahawa kerajaan Warisan Plus Sabah sudahpun membayar jumlah yang agak besar untuk projek-projek di atas walaupun kerja belum bermula.

Pengundi, pemimpin PN/BN dan media perlu tanya geng Warisan PLUS jika apa yang saya bongkarkan di sini adalah sahih dan tanya juga jika ini adalah contoh kerajaan bersih dan telus seperti dilaung-laungkan PH Plus.

UTAMANAJIB RAZAKNajib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium