Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar - pakdin.my

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO nak sokong Anwar Ibrahim. Kenapa takut Anwar jadi PM?. Kalau ada yang melompat pun Anwar tak akan jadi PM, ini semua orang tau. Boleh lihat peristiwa di Sabah mengapa PRN dilakukan.

………………….
Umno tidak perlu melayan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim berkenaan memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, kata Menteri Luar Hishammuddin Hussein yang menyifatkannya sebagai propaganda untuk mengalihkan perhatian menjelang PRN Sabah.

Pada masa sama Hishammuddin juga berpesan bahawa Umno perlu berwaspada dan sedar akan bahaya menyokong presiden PKR itu, yang menurutnya membuka pulang kepada DAP untuk berkuasa.

“Umno mesti berwaspada dengan taktik Anwar dan sedar bahaya menyokongnya. Ia hanya akan membuka peluang kepada DAP untuk lebih berkuasa dinegara ini seterusnya membawa mudarat kepada kepentingan agama, bangsa dan negara yang kita perjuangkan selama ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Apa jua yang diumumkan Anwar semalam, perkara paling penting untuk parti ialah fokus kepada usaha memenangi PRN Sabah.

“Jangan rencatkan usaha, mengganggu fokus dan mematahkan semangat mereka dengan kenyataan yang boleh menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli Umno dan jentera BN,” kata bekas naib presiden Umno itu lagi.

Kenyataan Hishammuddin itu tampak berbeza dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berkata dia dimaklumkan ramai anggota parlimen Umno dan BN yang menyokong Anwar dan parti tidak dapat menghalangnya.

Zahid juga menegaskan Umno dan BN bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan sokongan terhadap kerajaan hanyalah menerusi anggota parlimen.

Hishammuddin pula berkata keputusannya untuk menyertai pentadbiran adalah berdasarkan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan jemaah menteri serta anggota parlimen kerajaan perlu turut memberi sokongan padu kepada Muhyiddin.

“Jangan kita jadi anggota penting kerajaan, menikmati kelebihan tapi pada masa sama tidak sokong kepimpinan. ini mesti menjadi peringatan untuk semua menteri, timbalan menteri dan ketua GLC yang dilantik.

“Jika ada anggota kerajaan bertekad sudah tidak mahu menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada, eloklah berundur daripada kerajaan,” katanya lagi.

Semalam, pemimpin Umno Johor Nur Jazlan Mohamed menyuarakan sokongan terhadap kenyataan Zahid, menyifatkannya untuk mententeramkan akar umbi parti itu yang tidak senang terhadap kerjasama dengan Bersatu.

Malah dia juga dipetik The Malaysian Insight berkata Hishammuddin antara anggota parlimen Umno yang membuat perjanjian dengan Muhyiddin dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang turut melibatkan Hamzah Zainuddin – pemimpin Umno sebelum menyertai Bersatu. MKini
https://www.malaysiakini.com/news/543933

UTAMAPOLITIKHisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium