Anwar dijangka menghadap Agong Selasa depan - pakdin.my

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan untuk beliau menghadap baginda pada Selasa depan (13 Oktober).

Anwar yang juga Presiden PKR dalam satu kenyataan berkata, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen seperti yang dinyatakan sebelum ini, pada majlis menghadap itu.

Katanya beliau bersyukur kepada Allah, kerana Seri Paduka Baginda telah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.

“Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Okt 2020, insha-Allah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan itu, beliau turut berharap rakyat akan terus bertenang serta menghormati peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pada 23 Sept lalu, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan “kukuh dan meyakinkan” daripada kalangan Ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Anwar berkata beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara. — Bernama

UTAMABERITAAnwar dijangka menghadap Agong Selasa depan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium