1,300 lampu jalan di pasang di Tanah Merah - pakdin.my

lampu-jalan-tanah-merah
Ikmal Hisham Abdul Aziz (tengah) bersama orang ramai dalam Majlis Pelancaran Projek Pemasangan Lampu Jalan Kampung Parlimen Tanah Merah di SMK Tanah Merah 1, Tanah Merah, Kelantan

TANAH MERAH   – Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan sebanyak RM827,640 di bawah Projek Pemasangan Lampu Jalan Kampung untuk kemudahan penduduk di seluruh daerah ini.

Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, menerusi peruntukan tersebut, sebanyak 1,300 lampu jalan akan di pasang di kawasan kampung di daerah ini pada tahun depan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan untuk kemudahan tersebut sejak tahun 2013 menerusi Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam usaha untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur demi keselesaan masyarakat di luar bandar.

“Pemasangan ini akan dilaksa­nakan di seluruh Parlimen Tanah Merah, membabitkan 600 lampu jalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Ipoh, DUN Bukit Panau (400) dan DUN Kemahang (300).

“Projek pemasangan lampu jalan ini akan dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula Februari tahun hadapan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Projek Pemasangan Lampu Jalan Kampung Parlimen Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengurus (Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran) TNB negeri, Ir. Khabir Sufi Berhanuddin.

Ikmal Hisham yang juga Ke­tua UMNO Bahagian Tanah Merah berkata, penyelaras bagi setiap DUN akan mengenal pasti lokasi-lokasi jalan kampung yang memerlukan pasangan lampu tersebut.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga kementerian yang telah cukup prihatin menyediakan peruntukan ini untuk keperluan penduduk di sini.

“Dengan pemasangan lampu jalan kampung bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk tetapi dapat mengurangkan kes kemalangan mahupun jenayah,” katanya.

UTAMABERITA1,300 lampu jalan di pasang di Tanah Merah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium