[Video] Gaji mewah tapi risiko tinggi, video ombak besar landa pelantar minyak tular - pakdin.my

Kerjanya menjanjikan pulangan yang lumayan, tetapi sanggupkah anda berdepan risko kemalangan dan bencana alam untuk bekerja di pesisiran luar pantai?

Kebanyakan memandang pekerja yang bertugas di sektor gas dan minyak sebagai individu yang berjaya, berkereta mewah dan penampilan bergaya.

Tersenarai antara sektor pekerjaan yang dikatakan memiliki tangga gaji tinggi di Malaysia tanpa memerlukan kelulusan tinggi, namun hakikatnya golongan ini berdepan risiko nyawa.

Di Twitter, seorang pemuda memuat naik video pekerja pelantar berdepan cuaca buruk sehingga ombak besar menghempas premis kerja mereka.

Rakaman video berdurasi 39 saat itu menunjukkan sekumpulan pekerja yang memakai seragam keselamatan bertempiaran lari ketika air laut bergelora dan naik ke permukaan platform

“Memang padanlah mereka ini dibayar gaji tinggi kalau macam ini risiko kerja yang mereka kena hadap,” catat Faizal Sani di Twitter.

Video yang dimuat naik sejak semalam dikongsi lebih 24,000 kali dan mendapat lebih 25,000 tanda “suka”.

Video itu dikongsi susulan insiden kapal karam di perairan Kuala Baram, Miri, Sarawak pagi semalam.

Kapal Dayang Topaz dilapor mengalami kecemasan dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi terjun ke laut.

Namun dua mangsa, warganegara Malaysia, dilapor meninggal dunia, dan yang lain dapat diselamatkan.

Kejadian dipercayai berpunca daripada salah satu kabel sauh kapal Dayang Topaz terputus akibat cuaca buruk, sebelum hanyut dan melanggar platform pelantar minyak Baram B.

 

UTAMAEDITORIAL Gaji mewah tapi risiko tinggi, video ombak besar landa pelantar minyak...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium