Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis - pakdin.my

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan pemimpin negara, menerusi video di Facebook atas nama Farhan Hazard, berakhir dengan dia ditahan polis, awal pagi tadi.

Lelaki berusia 38 tahun itu tinggal di Kampung Wakaf Baru, Jalan Gong Badak dekat sini, ditahan di rumahnya jam 1 pagi.

Suspek ditahan polis susulan laporan dibuat seorang peniaga dari Kampung Durian Burong di sini, selepas melihat video berkenaan viral sejak 5 petang kelmarin.

Susulan tangkapan itu, polis turut merampas satu telefon bimbit jenama Vivo dan ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

Menerusi video berdurasi sembilan minit empat saat itu, suspek membuat kenyataan jelek dan menghina Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, agama Islam dan orang Melayu.

Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 292/504 Kanun Kesiksaan (KK) dan Seksyen 233 KK.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Kuala Terengganu, Norina Maludin, membenarkan suspek direman selama dua hari bermula hari ini.

UTAMABERITALelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium