Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin - pakdin.my

Tak perlulah Dey…. orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan rakyat yang sekarang ini kuat membenci beliau.

=================

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia menjadi saksi dalam kes saman membabitkan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jelasnya, kes saman berkenaan bukan sahaja membuktikan keberanian para pengundi malah, menjadi bukti kesuburan sistem demokrasi negara ini.

“Mahkamah merupakan forum paling sesuai untuk mengesahkan dakwaan sepuluh plaintif yang memfailkan tindakan ini.

“Saya melihat keberanian rakyat mempersoal kredibiliti dan integriti seorang ahli parlimen seperti Azmin sebagai satu proses mematangkan pendemokrasian negara.

“Saya sedia menawarkan diri sebagai saksi di mahkamah sekiranya keterangan saya diperlukan. Saya sedia membantu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berdepan tuntutan saman daripada beberapa individu yang mendakwa ahli parlimen itu menipu dan melanggar kewajipan fidusiari melalui ‘Langkah Sheraton’.

Tuntutan yang dibuat minggu lalu dijangka akan disebut pada Jumaat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Terdahulu Dr Mahathir berkata, ahli parlimen harus faham bahawa mereka dipilih rakyat sebagai wakil untuk bersuara di parlimen dan bukan untuk kepentingan diri.

Rujukan: 10 pengundi Gombak saman Azmin Ali
https://pakdin.my/10-pengundi-gombak-saman-azmin-ali/

UTAMABERITADr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium