Datuk Tan dari kena dakwa jadi saksi pendakwaan Ku Nan - pakdin.my

Ahli parlimen UMNO Ku Nan dilepas tanpa dibebas kes rasuah RM1 juta hari ini setelah Peguam Negara arahkan pendakwa raya tarik balik pertuduhan akibat “perkembangan baru yang melibatkan seorang saksi utama”.

Kes yang dimulakan oleh Tommy Thomas di bawah Gagalkrasi PH ini amat pelik.

Pada permulaannya, seorang developer bernama Datuk Tan Eng Boon didakwa bersama Ku Nan di atas tuduhan Datuk Tan memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan.

Masa itu, Datuk Tan mengaku tidak bersalah dan tegas bahawa ianya derma politik untuk digunakan dalam dua PRK (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) yang sedang dihadapi BN masa itu.

Namun selepas itu, pendakwa raya di bawah Tommy masa itu memberi deal kepada Datuk Tan.

Akan tetapi apabila kes ini mula dibicarakan di Mahkamah pada bulan September 2019 lalu, Datuk Tan tiba-tiba menukar pengakuan dia.

Dia kini mengaku bersalah memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan.

Hakim (yang juga hakim sama untuk kes SRC saya) pun menjatuhkan hukuman ke atas Datuk Tan.

Datuk Tan didenda RM1.5 juta kerana rasuah tanpa dikenakan apa-apa hukuman penjara.

“Datuk Tan didenda RM1.5 juta”
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/497627/datuk-tan-didenda-rm15-juta

Datuk Tan membayar denda (yang dianggap perkara remeh bagi jutawan tersebut) dan dibebaskan serta-merta.

Datuk Tan juga bertukar dari orang kena dakwa menjadi saksi pendakwaan terhadap Ku Nan.

Sept 2019 Tan to turn prosecution witness
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/09/18/tan-to-turn-prosecution-witness

Dua bulan kemudian iaitu Disember 2019, keluarga Datuk Tan pula diberi peluang secara senyap-senyap untuk membeli tanah Iskandar dari kerajaan PH dengan harga cuma RM45 satu kaki persegi.

Kerajaan PH Johor bersama Khazanah Nasional dan KWSP telah menjual tanah dengan keluasan 31 ekar di Iskandar Malaysia dengan harga RM61 juta (atau RM45 satu kaki persegi).
https://www.edgeprop.my/content/1619806/paragon-globe-buys-31-acre-land-pulai-commercial-development

Hari ini, mahkamah diberitahu bahawa pendakwaan terhadap Ku Nan ditarik balik sebab ada “perkembangan baru dengan seorang saksi”.

Kita tunggu penjelasan apa perkembangan baru yang dimaksudkan ini dan jika telah berlakunya salah guna kuasa perundangan semasa gagalkrasi PH bermaharajalela.

“DPP Julia Ibrahim telah memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk DNAA. Jelasnya, ini susulan perkembangan baru dalam kes yang melibatkan salah seorang saksi.”

“7 Dec 2020: Ku Nan dilepas tanpa dibebas kes rasuah RM1 juta”
https://www.malaysiakini.com/news/554106

UTAMANAJIB RAZAKDatuk Tan dari kena dakwa jadi saksi pendakwaan Ku Nan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium