Beri Peluang Syarikat Dari Sabah Dan Sarawak Secara Saksama Untuk edar Vaksin Covid-19 – Mohamad Alamin - pakdin.my

Ahli Parlimen Kimanis, Dato’ Mohamad Alamin memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk memberi peluang kepada syarikat atau mana-mana ejen di Sabah dan Sarawak mengedar vaksin Covid-19.

Katanya, cadangan itu dikemukakan sebagai usaha meningkatkan kualiti dan kemudahan kesihatan rakyat Sabah dan Sarawak tanpa membiarkan peluang sedemikian hanya dimonopoli syarikat dari Semenanjung.

“Saya berharap ejen pengedar dari Sabah dan Sarawak akan diberikan kuota pengedaran di kedua-dua negeri tersebut tanpa peluang itu hanya dimonopoli oleh pengedar-pengedar dari Semenanjung.

“Dalam usaha meningkatkan kualiti dan kemudahan kesihatan bagi rakyat Sabah, saya berharap pendekatan yang lebih baik akan digunakan dan dipertimbangkan oleh Kerajaan Pusat, terutama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), ” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) itu, cadangan tersebut penting untuk mempercepatkan dan meningkatkan keberkesanan proses pengedaran atau ‘delivery‘ di Sabah yang menjadi negeri yang paling teruk terkesan akibat Covid-19.

Beliau optimis, sekiranya pelantikan pengedar dibuat dalam kalangan ejen atau syarikat tempatan dari Sabah, ia akan memudahkan proses pengedaran dan memanfaatkan rakyat negeri itu.

Tambahan pula, Sabah merupakan negeri yang cukup luas, katanya.

Beliau dalam masa sama berpandangan bahawa pengagihan vaksin seharusnya tidak tertumpu kepada negeri-negeri di Semenanjung sahaja, manakala Sabah dan Sarawak wajar diberi peluang dalam proses pengedaran vaksin.

UTAMABERITABeri Peluang Syarikat Dari Sabah Dan Sarawak Secara Saksama Untuk edar Vaksin...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium