ADUN Bersatu, Pas dipanggil menghadap Sultan Perak - pakdin.my

IPOH – Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pas dipanggil menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata, kesemua mereka dipanggil menghadap Sultan Perak bagi mempersembahkan sokongan mereka terhadap nama Menteri Besar baharu yang dicalonkan UMNO hari ini melalui Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

“Pagi ini Presiden UMNO dan Pengerusi UMNO Perak telah menghadap Tuanku Sultan untuk memaklumkan status terkini dan baginda menerima status tersebut. Bagaimanapun, perkara tersebut perlu dibuktikan terlebih dahulu.

“Oleh sebab itu, Tuanku Sultan menitahkan semua ADUN daripada PPBM dan Pas untuk datang menghadap baginda bila-bila masa pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta di sini hari ini.

Tambah Annuar, istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Perak akan dilaksakan selepas Sultan Nazrin yakin ada majoriti mudah daripada ADUN kepada calon tersebut.

Melalui pemakluman tersebut, kerajaan negeri Perak dijangka dibentuk melalui kerjasama UMNO, PPBM dan Pas.

Kerusi Menteri Besar Perak kembali panas selepas Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti ADUN dalam sidang DUN selepas usul undi percaya dilakukan terhadapnya Jumaat lalu.

Ahmad Faizal kemudian meletakkan jawatan Menteri Besar Perak Sabtu lalu sekaligus kerajaan negeri Perak terbubar.

UTAMAPOLITIKADUN Bersatu, Pas dipanggil menghadap Sultan Perak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium