UtamaNASIONAL35 Pengeluar Makanan, Minuman...

35 Pengeluar Makanan, Minuman Diarah Kurangkan Kandungan Garam Dan Gula - pakdin.my

Gambar hiasan

SEREMBAN: Kementerian Kesihatan mengarahkan sebanyak 35 pengeluar utama makanan dan minuman supaya mengurangkan kandungan gula dan garam dalam produk mereka.

Pengeluar, termasuk produk bayi, bijiran dan minuman berkarbonat, juga diberitahu untuk mengurangkan kandungan lemak dalam produk mereka berikutan semakin ramai rakyat Malaysia yang mengidap kencing manis, penyakit jantung, kanser dan darah tinggi.

“Kami mengadakan satu pertemuan dengan wakil-wakil di Persekutuan Pengilang Malaysia dan sektor perniagaan kecil dan sederhana ini baru-baru ini.

“Kami meminta mereka untuk melakukannya secara sukarela tetapi kita juga telah memberikan mereka satu tarikh akhir untuk mematuhinya,” Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapa lama tempoh yang diberikan kepada para pengeluar untuk berbuat demikian.

Liow berkata, ia adalah mustahak sebagai kempen mendidik rakyat Malaysia supaya lebih peka terhadap kesihatan.

Beliau berkata, bilangan mereka yang menghidap penyakit diabetis pada masa ini adalah 15.2 peratus berbanding 11.6 peratus pada tahun 2006.

Lazimnya, rakyat Malaysia yang mengalami kolestrol tinggi juga telah meningkat dari 20.7 peratus kepada 35.1 peratus pada masa ini.

Beliau berkata, rakyat Malaysia dilihat semakin kurang prihatin terhadap penyakit-penyakit itu semata-mata ia bukan penyakit berjangkit.

“Sewaktu wabak H1N1 berlaku sebelum ini, orang ramai sangat berhati-hati terhadap kebersihan diri kerana ia merupakan satu penyakit berjangkit dan mudah untuk terkena penyakit itu.

“Tetapi atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya, mereka tidak bimbang tentang makanan yang kurang sihat hanya kerana mereka tidak jatuh sakit serta-merta,” katanya sambil menambah bahawa orang yang mengalami kencing manis, penyakit jantung yang berkaitan dan hipertensi juga memerlukan penjagaan perubatan.

Liow berkata, beliau juga akan melancarkan satu kempen bagi meminta pengeluar makanan dan minuman ‘memperbetulkan’ label kandungan bahan produk mereka supaya pengguna akan tahu apa yang mereka makan.

“Pengeluar makanan dan minuman juga akan berpeluang untuk mengaut keuntungan sekiranya mereka mengurangkan kandungan gula dan garam dalam produk berkenaan kerana kami akan mengesahkannya sebagai makanan yang sihat.

“Dengan sokongan kami, pengeluar akan dapat meningkatkan hasil jualan dan memperoleh keuntungan lebih tinggi,” katanya sambil menambah bahawa kementerian itu juga akan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi pengeluar yang mengikuti arahan tersebut.

Liow berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan sarapan “Sihat 1Malaysia” dan program kesedaran kesihatan di Taman Temiang Jaya dekat sini.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...