132 pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling dipindah ke stesen kuarantin - pakdin.my

Seramai 132 pelajar tahfiz di Masjid Sri Petaling di sini, dipindahkan ke stesen kuarantin di Institut Sosial Malaysia (ISM) hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan kesemua pelajar menjalani proses nyah cemar yang dilaksanakan oleh pasukan khas bahan kimia berbahaya (Hazmat) JBPM KL sebelum dipindahkan.

“Kesemua pelajar tahfiz dibawa ke stesen kuarantin menggunakan 4 buah bas dengan bantuan polis pengiring,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya proses pemindahan kesemua pelajar selesai pada kira-kira pukul 2.30 petang dan proses nyah cemar turut dilakukan ke atas 4 buah bas yang digunakan untuk proses pemindahan.

Masjid Sri Petaling yang menjadi venue himpunan jemaah tabligh dari 28 Feb hingga 1 Mac dan kini menjadi kluster terbesar jangkitan Covid-19 di negara ini.

UTAMABERITA132 pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling dipindah ke stesen kuarantin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium