KIK Pekan Danok sesak - pakdin.my

Pekan Danok

BUKIT KAYU HITAM: Keadaan di pintu masuk Malaysia-Thailand di sini, sesak sejak awal pagi semalam dengan kenderaan yang berpusu-pusu pulang dari negara jiran berikutan kejadian letupan bom di sebuah hotel di Hatyai, Songkhla, kelmarin.

Ini termasuk pelancong asing yang keluar dari negara jiran itu kerana bimbangkan keselamatan mereka menyebabkan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK) di pekan Danok, Thailand, sesak.

Difahamkan, keadaan sesak itu berlaku sebaik pintu sempadan dibuka jam 7 pagi apabila orang ramai termasuk pelancong asing beratur panjang bagi memasuki Malaysia.

Difahamkan jumlah pelancong Malaysia termasuk rombongan beberapa agensi kerajaan ke Thailand menerusi pintu sempadan di sini, meningkat sejak petang Jumaat lalu, berikutan cuti hujung minggu.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati jumlah kehadiran pelancong tempatan dan warga asing yang keluar dari negara ini ke Thailand berkurangan semalam berbanding biasa.

Sementara itu, kebanyakan pelancong tempatan yang ditemui mendakwa mereka pulang lebih awal kerana berasa tidak selamat jika terus berada di Thailand.

 Guru, Zaharin Ayob, 44, berkata, dia bersama isteri dan tiga anak menginap di hotel berhampiran lokasi kejadian di pekan Hatyai untuk menghabiskan cuti hujung minggu sebelum dikejutkan dengan kejadian letupan itu.

Katanya, berikutan kejadian itu, dia menyuruh isteri mengemas barang untuk pulang lebih awal dan balik ke Pulau Pinang.

UTAMABERITAKIK Pekan Danok sesak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium