UtamaPOLITIKGangguan Bekalan Air Di...

Gangguan Bekalan Air Di Ibu Negara, Petaling Dan Hulu Selangor - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan sementara bekalan air bermula 10 hingga 13 April ini.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor ASdn Bhd (SYABAS) Abdul Halem Mat Som berkata gangguan itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh kontraktor mereka.

Antara kawasan yang terlibat di wilayah Petaling termasuk di Desa Tun Razak iaitu di Jalan 1/118C hingga Jalan 11/118C dan Taman Desa Tasik, manakala di Kuala Lumpur iaitu di TUDM Sungai Besi, JKME dan Kuarters JKR, Jalan Sungai Besi Batu 4 1/2, Taman Taynton View, Taman Mutiara, Taman Supreme Jaya dan Taman Bukit Hijau.

Dalam kenyataan di sini, Isnin, Abdul Halem berkata gangguan itu dijangka bermula pukul 8 malam pada 10 April hingga pukul 5 pagi keesokannya.

Katanya, gangguan adalah disebabkan kerja penggantian dua unit Injap Kupu-kupu 800mm diameter berdekatan dengan Kolam Air Sungai Midah.

“Manakala gangguan bekalan air dijangka berlaku di seluruh kawasan Jalan Anggerik, Jalan Seroja, Jalan Kemboja, Jalan Bakawali dan Jalan Telipot di wilayah Hulu Selangor bermula pukul 10 malam pada 11 April ini hingga ke 6 pagi keesokan harinya.

“Ini disebabkan kerja-kerja penggantian satu unit Injap kupu-kupu 600mm diameter pada Paip Outlet Kolam Air Menara (A) Bukit Sentosa 2, Hulu Selangor yang menjejaskan bekalan air di kawasan itu,” katanya.

Menurut Halem, gangguan bekalan air turut dijangka berlaku di beberapa kawasan lain di ibu negara bermula pukul 9 malam pada 13 April (Jumaat) hingga 5 pagi keesokan harinya.

Antara kawasan yang terlibat iaitu di Taman Sri Delima, Taman Batu, Taman Lawa, Taman Sejahtera, Kampung Pasir, Kampung Segambut Permai, Kampung Segambut Luar, Taman City, Taman Kok Lian, Kem Batu Ketomen, Taman Impian, Taman Eastern, Taman Rainbow, Jalan St. Thomas, Jalan Khalsa, Taman Pelangi, Kampung Muthiah, Kampung Shak Mah, Kampung Bandar Dalam, Kampung Chubadak Dalam, Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Chubadak Tengah; Kampung Chubadak Jaya, Kampung Chempedak, Kampung Chempedak Hilir; Kampung Puah; Kampung Puah Seberang dan Kampung Puah Bahagia.

“Manakala turut mengalami gangguan iaitu di Taman Sentul Jaya, Taman Sentul Endah, Taman Sentul Bahagia, Taman Sentul Permai, Taman Dato Senu, Taman Sentul Pasar, Taman Bamboo, Taman Kaya, Kawasan Perindustrian Segambut, Taman Segambut Indah, Kampung Batu, Kampung Batu 5, Kampung Seri Batu, Kampung Delima, Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5, Jalan Cenderuh, Jalan Kuala Kangar, Jalan Vethavanam dan Kampung Kovil Hilir,” katanya.

Katanya, gangguan di kawasan tersebut disebabkan kerja-kerja penggantian dua unit injap kupu-kupu 600mm diameter di Jalan Kucing dan Jalan Jambu Mawar di ibu negara.

Abdul Halem menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

Menurutnya pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan> dan hantar kepada 39222.Katanya, maklumat mengenai situasi bekalan air berkenaan juga boleh diperolehi dari laman sesawang Syabas di http://www.syabas.com.my, www.syabas.com.my, http://www.twitter.com/puspel, www.twitter.com/puspel atau Facebook dengan menaip puspel atau puspel syabas.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...