Noh Selar Kerajaan Selangor Berhubung Sewa Mahal Di Kompleks Belia @nohomar

KUALA SELANGOR: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR telah gagal mengiktiraf sumbangan Majlis Belia Selangor (MBS) apabila mengenakan kadar sewa mahal untuk majlis itu beroperasi di Kompleks Belia dan Kebudayaan di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau berkata MBS ialah sebuah pertubuhan sukarela dan tidak mempunyai sumber kewangan banyak untuk membayar kadar sewa yang tinggi.

“Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor amat rakus, tamak dan mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata dari segi kewangan.

“Kerajaan Selangor seolah-olah tidak mengiktiraf MBS memandangkan MBS yang memperjuangkan pembinaan kompleks ini ketika pemerintahan terdahulu untuk mengumpulkan pentadbiran belia di seluruh Selangor.

“Sebab itulah BN (Barisan Nasional) membuat kompleks ini dan tidak mengenakan apa-apa sewa terhadap pertubuhan belia seperti MBS ketika itu untuk duduk di dalam kompleks kerana hendak memberikan pembelaan terhadap kaum belia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Olahraga MSSD Ke-40 di sini, Isnin.

Noh mengulas tindakan syarikat pengurusan MSNS Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Selangor yang menaikkan kadar sewa sehingga 300 peratus bagi premisnya di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor.

Timbalan Presiden MBS Badrul Hisham Badrudin berkata MSNS menghantar surat pada awal tahun ini memaklumkan menaikkan kadar sewa daripada RM1,977 sebulan kepada RM5,280 berkuat kuasa Januari.

Sejak 2001, katanya MBS tidak perlu membayar sewa bagi premis di tingkat empat dan lima.

Noh yang merupakan Setiausaha Gerakan Belia 4B Selangor pada 1990-an berkata kerajaan negeri Selangor juga telah mengenepikan peranan yang dimainkan MBS dalam menubuhkan satu lagi badan belia dikenali Penggerak Belia Negeri Selangor.

“Bila ini berlaku, MBS seolah-olah diketepikan dan tindakan ini memecahbelahkan belia-belia dalam negeri Selangor. Kerajaan Selangor sepatutnya mempereratkan hubungan pertubuhan-pertubuhan belia.”

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mendedahkan kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri, Universiti Selangor.

Beliau juga mendakwa mempunyai laporan audit semasa universiti itu

Kategori:

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...